Penyunting: Noor Suraya
ISBN: 978-629-97848-3-8
Bil. mukasurat: 408
Tahun terbitan: 2023
Jenis Kertas: Bulky 70gsm
***
Antologi Cerpen Yang Manis: Rumah Cinta
Rumah Cinta menjadi tempat bernaung 30 orang penulis dengan 30 kisah. Elemen-elemen kucing, kopi dan kafe serta travelog yang menjadi trend semasa diketengahkan dengan cantik serta penuh bergaya. Gabungan penulis mapan, baharu dan muda dalam naskhah ini menjadikan antologi ini hebat dalam gayanya yang tersendiri.
Pada saudara dan saudari yang menyukai kisah persahabatan dan cinta – Rumah Cinta juga menyajikan cerita-cerita begini. Ada beberapa buah cerita lucu yang manis, dan membuat saya tersenyum-senyum di depan komputer riba sewaktu menyuntingnya.
Dan tentulah tidak lengkap sebuah antologi tanpa cerita tentang ikatan kekeluargaan, kasih sayang serta kenangan yang manis?
Di Rumah Cinta inilah berhimpun cerita yang manis-manis dan menyentuh hati; serta tempat cerita-cerita duka berlabuh. Selamat membaca!
***
Rumah Cinta - sebuah ikatan kerjasama antara dua buah rumah penerbitan: Jemari Seni Publishing dengan Manés Wordworks. Koleksi cerpen yang terpilih dalam antologi ini ialah hasil saringan antara penulis-penulis JS (Jemari Seni dan Adiwarna); alumni Antologi Cerpen Adiwarna (ACA) serta Antologi Cerpen Fiksyen & Fantasi Adiwarna (ASFA); dan tentunya penulis-penulis Manés Wordworks.
Selamat membaca dengan kasih sayang.
Caj pengeposan ke Sabah dan Sarawak menerusi pembelian di website kami akan dinaikkan dari RM13 (asal) kepada RM15 (baharu) berkuatkuasa 13 Januari 2024.
Untuk makluman, perubahan ini adalah disebabkan kenaikan caj yang dikenakan oleh pihak kurier.
Nurul Izzah Atifah Dari Pahang successfully purchase "Antologi Cerpen Yang Manis: Rumah Cinta" 1 year ago